Salam Semua...Sedikit analisis yang menjadi panduan kepada anda semua sebagai panduan sebelum masuk entre, nie sedikit pengalaman yang digunakan iaitu pada M5. Bagi sesetengah orang mereka lebih suka masuk pada breakout tetapi tidak mengenal pasti adakah true breakout. Bagaimana pula jika breakout tersebut adalah false, so boleh menanggung kerugian yang banyak.
Sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama apa pun mari kita lihat gambar dibawah pada pair GU M5:

So apa yang kita nampak adalah pair ini mengalami DW trend yang cukup kuat tapi dimana kita perlu start entrie sekiranya itulah yang menjadi persoalan kepada newbie..bila tengok trend tengah turun kita pun nak masuk jer...tapi bila reversal trend mula gelabah... Dibawah ini ada sikit penerangan bagaimana kita nak kesan signal tersebut...BIAR LAMBAT ASAL PENUH TABUNG PIPS.
Pada bulatan merah ada menunjukan resistent yang cukup kuat dimana bila sideway trend candle tak mahu melepasi resistent dan support, sebanyak 3 kali cubaan untuk naik dan turun tapi tak lepas juga...so persoalannya patutkah disini kita mula start entrie......hahaha sabar dulu biarkan dia breakout dulu tengok pada 1st breakout, hasil kajian aku la...bila 1st breakout dia akan test dulu turun apabila 1st breakout dah tak leh turun dia kan test naik balik tapi pastinya candle mestilah tutup dibawah atau tak melepasi support. Disini lah permulaan entre yang pertama dengan S/L diatas sedikit dari resistent. bagi 2nd entre sesuai lah kita masuk bila berlaku 2nd breakout ( candle mestilah tutup dibawah 2nd support selagi tak lepas jangan masuk bahaya!!! ) lepas tengok balik pada zoom terminal untuk mendapakan TP pada resistent. Dibawah adalah contoh chart GU M5 yang dizoom kan untuk mendapatkan TP yang berkesan sekali gus meraihkan jumlah pip yang banyak.

Oleh itu, cuba anda buat kajian terhadap pegerakan seperti yang diterangkan seperti diatas anda juga boleh juga mendalami basic CSR yang diterangkan oleh bro JGV100 kita.