Permulaan yang baik dalam membantu anda yang berminat atau yang telah menceburi bidang FOREX ini serta menambah pendapatan bulanan anda atau perbelanjaan anda. Setelah sekian lama berada dalam bidang ini beberapa tahun serta mengalami kerugian yang besar, aku berusaha sedaya upaya melawan kata hati yang senantiasa mengalah. Hari demi hari aku pelajari ilmu FOREX ini dengan harapan dapat menambah pendapatan bulanan.
Didalam Blog aku nie, aku lebih tekankan kepada analisis aku sendiri untuk dikongsi kepada umum, sekiranya analisis yang dibuat tidak memuaskan hati orang lain aku tidak memaksa untuk ikut 100% analisis yang dibuat malah bagi yang mengikuti analisis ini sila ambil perhatian bahawa RISIKO KERUGIAN DITANGGUNG SENDIRI.
PETUNJUK (INDICATORS)
Analisis yang dibuat adalah lebih kepada 2 atau 3 perkara untuk dirujuk serta di bantu dengan pengalaman yang sedia ada dan pengetauan diri sendiri. Sebagai permulaan suka aku katakan bahawa dalam setiap chat aku akan terdapat 2 3 petunjuk (INDICATORs) dalam analisis yang akan dibuat antaranya adalah :-
1) MACD
2) Bolingger Band
3) Parabolic SAR
4) Relative Strength Index
5) Stochastic Oscillitor
Kesemua Indicators ini tidak perlu di download dari mana carian, boleh dikatakan kesemua Indicators ini tersedia didalam Terminal dari mana-mana brokers.
SUPPORT DAN RESISTANCE (SnR)
SnR Digunakan dalam membantu kita untuk membuat jangkaan awal dalam jangka masa panjang dalam menjalankan trade keatas sesuatu matawang bagi menentukan kekuatan jenis trend yang sedang atau dalam dagangan.

CHART PATTERN
Chart Pattern digunakan untuk mengenalpasti jenis trend yang sedang berlaku, Ianya juga boleh digunakan untuk membuat Pending Order dalam sesuatu dagangan mata wang. Di bawah adalah contoh Chart Pattern yang biasa berlaku :-
1) Symmetrical Triangle

3) Double Bottom
4) Double TOP
5) HEAD n SHOULDERS
6) REVERSE HEAD n SHOULDERS
Setelah penerangan diberikan, analisis yang akan dibuat lebih tertumpu kepada matawang GU,GJ, EU, AU dan EJ sahaja. Time Frame yang akan digunakan adalah pada H1, H4, dan D1.
Oleh itu, aku berharap analisis yang akan dibuat nanti akan lebih bermakna buat semua, INSYA-ALLAH.....
No comments:
Post a Comment